Keena Zone Chat Room

Monday, June 22, 2009

Mentor 3: Awie-Keena Akur

by Syaliza Shapiansuri | 22 Jun 2009


Hanya air mata mengiringi kesedihan Suriana Abdul Wahab atau Keena yang terpaksa akur keputusan akhir konsert mingguan ketiga kumpulan B malam tadi. Mengumpul markah keseluruhan sebanyak 149.9 peratus, Keena terpaksa meninggalkan pentas Mentor musim ketiga ini setelah berusaha selama lebih empat minggu.

Walaupun Keena berusaha sebaik mungkin untuk memikat hati juri dan pengundi dengan menyanyikan lagu berirama tradisional Melayu, "Dia Datang" berduet bersama Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, nampaknya, Keena gagal mengubah keputusan dan akur dirinya tersingkir daripada terus berjuang dalam Mentor 3 ini.

Malah, Mentor yang bertanggung jawab mendidiknya, Awie, redha dengan keputusan yang diterimanya. Kekecewaan jelas terpancar pada wajah kedua-duanya apatah lagi Keena dilihat semakin menyerlah selepas konsert mingguan kedua.

“Kami berusaha peringkat demi peringkat. Pada peringkat awal, pembelajaran yang diterima Keena tidaklah all out kerana dia masih baru. Sebagai manusia biasa, takkanlah pandai dalam masa sehari. Tak sangka pula, cara begitu menyebabkan dia tidak berpeluang lagi meneruskan perjuangan,” kata Awie ketika ditanya mengapa Keena lambat ‘panas’.

Sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik anak muridnya, Awie yakin dengan kemampuan yang ada pada Keena selepas melihat persembahan meyakinkan gadis itu ketika manjalani latihan dua hari sebelum konsert ketiga.

“Saya nampak kemampuan Keena begitu tinggi ketika mejalani latihan, walau bagaimanapun, ada sedikit kesilapan ketika persembahan tadi (ketika konsert) dan saya berpuas hati dengan keputusan yang diterima,” tambah Awie.

Dalam usaha Awie melahirkan pelapis penyanyi rock wanita, Keena menjadi taruhannya, namun impian itu gagal dilaksanakan apabila dia terkeluar malam tadi.

“Keputusan tidak berpihak kepada Keena dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Malah saya menerima markah yang diberi juri awam serta juri professional kerana mereka lebih arif dan tahu apa yang mereka lakukan,” akui Awie.

Sedih dan kecewa kerana tidak berpeuang untuk terus meuntut ilmu bersama mentor idolanya, Keena dapat merasakan dirinya bakal tersingkir pada konsert akhir kumpulan B malam tadi.

“Saya dapat rasakan diri bakal tersingkir melihat kepada markah yang diterima rendah. Tipulah kalau saya tidak kecewa, kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk sampai ke tahap ini. Apa yang lebih mengecewakan saya tidak dapat meneruskan proses pembelajaran bersama Awie kerana dia seorang guru yang pada luarannya nampak garang tetapi sebenarnya seorang yang suka bergurau,” kata Keena dengan linangan air mata.

Walaupun berjaya memukau dengan lagu berirama rock, Keena gagal memikat hati penonton apabila lagu duet bersama Datuk M Daud Kilau, kurang menyerlah dan nampak tidak sekata.

Juri professional yang hadir malam tadi, Helen Yap dan Liza Hanim, turut bersetuju lagu itu bukan ‘makanan’ sesuai buat Keena.

“Sebagai seorang artis Melayu, saya melihat irama tradisional ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Melalui irama ini juga seseorang penyanyi dapat mempelajari lenggok suara dan irama ini adalah raja segala melodi. Atas alasan itu saya mahu Keena menyanyikan lagu ini, malah ketika hadir ujibakat, Keena terkejut apabila saya menyuruhnya menyanyikan lagu irama ini.

“Untuk mengatakan Keena gagal kerana persembahan tiga minitnya, adalah tidak adil kerana dia sudah melakukan yang terbaik. Sedangkan untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul mahir dalam sesuatu irama perlu mengamil masa panjang. Bagi saya Keena keluar secara bermaruah kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” terang Awie mengenai anak didiknya serta menafikan pemilihan lagu ‘Dia Datang’ mengikut cara pesaingnya, Mas Idayu dan Adibah Noor yang terlebih dahulu mengetengahkan irama sedemikian.

Black terus selesa
Markah keseluruhan berjumlah 225.9 peratus yang diperoleh Black dan mentornya Mas Idayu, cukup membuatkan lelaki ini berada dalam kedudukan selesa. Namun itu bukan alasan untuknya terus alpa.

Ketika Ally Iskandar mengumumkan jumlah markah mingguan yang diperoleh Black, 76.4 peratus, Black pastinya lega kerana peluangnya terbuka luas untuk terus berada di pentas Mentor musim ini.

Lagu ‘Bertakhta Di Hati’ berduet bersama Faradhiya, membuktikan Black menjadi antara protégé hebat musim ini. Namun lagu keduanya ‘Hitam Manis’ tidak ubah seperti penyanyi asal, R Azmi.

Mas Idayu selaku emntor yang berjaya mendidik Black menjadi seorang protégé cemerlang, menafikan lenggok serta cara nyanyian anak didiknya itu meniru peyanyi asal.

“Black menyanyi mengikut caranya sendiri dan suara yang keluar adalah suara Black tanpa mengikut lenggok penyanyi asal. Apa yang saya tekankan kepada Back ialah mengikut air lagu bahasa lama, mungkin kerana itu, scara tidak sengaja nampak seperti meniru penyanyi asal,” terang Mas Idayu.

Keputusan akhir konsert mingguan kumpualan B Mentor 3 ini menyaksikan Black dan Thye mara ke separuh akhir minggu depan. Mereka bakal bergabung bersama dua protégé kumpulan B, Fira dan Chaq untuk merebut peluang mejadi dua yang terbaik dan seterusnya mara ke final Mentor 3.

sumber dari www.gua.com.my

0 comments: