Keena Zone Chat Room

Monday, December 7, 2009

Keena@Kosmo

Elemen fesyen 'ganas'

Bagi Keena, jaket kulit lengan panjang atau tidak berlengan merupakan item wajib digayakan untuk menzahirkan gaya rock.


IRAMA muzik rock mula bersarang dalam dirinya sejak usianya lapan tahun lagi. Semuanya gara-gara kelima-lima abangnya pada waktu itu terlalu obses dengan lagu-lagu rock.

Semua genre muzik rock dilayan tidak kira yang dimainkan oleh grup rock tempatan mahupun antarabangsa. Boleh dikatakan saban hari dan waktu, irama rock sentiasa berkumandang daripada corong radio di rumahnya.

KEENA hanya memakai pakaian sebegini ketika menjayakan persembahan pentas sahaja.

Memandangkan dirinya sentiasa digelumangi muzik rock secara tidak langsung, Suriana Ab. Wahab (Keena), 23, yang sememangnya minat menyanyi mahir melantunkan lagu rock. Lenggok, lontaran suara dan gaya rock mampu dilakukan dengan baik. Apatah lagi keserasiannya dengan muzik berkenaan terserlah apabila remaja berkulit cerah itu memiliki suara serak-serak basah dan personaliti yang lincah.

Namun, kecenderungannya menyanyikan lagu rock bukan sekadar suka-suka. Sebaliknya anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik itu memberanikan diri melangkah dalam bidang seni suara. Ini terbukti sebaik sahaja menginjak usia 10 tahun Keena mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian Bintang Kecil.


Biarpun gagal meraih tempat pertama, anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini melahirkan kegembiraan dan rasa teruja. Ini kerana bukan lagu kanak-kanak, pop atau balada yang didendangkan. Sebaliknya, Keena begitu yakin memilih lagu rock Inggeris, genre yang mungkin asing bagi kanak-kanak.

"Pengalaman menyanyikan lagu rock dalam pertandingan besar seperti itu suatu memori manis yang tersemat rapi dalam kamus hidup saya. Walaupun pada peringkat awal saya teragak-agak untuk menyanyikan lagu rock, namun berkat sokongan keluarga khususnya abang-abang saya, saya nekad memilih lagu rock.


RAMBUT rona merah bagaikan sinonim dengan selebriti penyanyi Mulan Jameela dan Pink.


"Rasanya kalau ditakdirkan saya memilih menyanyikan genre muzik lain, barang kali saya tidak dapat melakukan persembahan yang baik (tergelak). Bertitik-tolak daripada pertandingan itu minat pada muzik rock semakin memuncak. Rata-rata undangan persembahan mahupun pertandingan nyanyian yang disertainya pasti mendorong Keena memilih lagu-lagu rock," tutur Keena yang juga merupakan anak didik penyanyi rock, Awie, bagi program realiti Mentor, musim ketiga.

Muzik dan fesyen bersatu


KEENA berpendapat, fesyen yang digayakan perlu selari dengan jalur muzik yang dibawanya.


Bicara kami pada petang itu bukan sekadar omongan mengenai cintanya pada muzik rock. Bersua muka dengan bekas pelajar Sekolah Menengah Dato' Mahmood Paduka Raja (2), Tanah Merah ini dengan lebih dekat, Keena mengakui sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pakaian yang bersesuaian dengan imej rock.

Setiap bulan bagaikan rutin wajib bagi Keena mengunjungi pusat beli-belah Times Square dan Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Tujuan utamanya hanya untuk membeli stok pakaian baru. Soal harga tidak pernah menjadi taruhan. Paling penting baju, seluar dan aksesori yang dipilih seiring dengan muzik yang dibawanya.




"Seperti irama muzik lain, rock juga mempunyai gaya fesyen tersendiri. Bagi saya muzik rock tidak ketinggalan menawarkan imej fesyen yang menarik untuk digayakan. Tidak dinafikan di luar negara sebahagian kelompok peminat rock tampil bergaya dengan imej yang agak keterlaluan seperti stail rambut pelik pelbagai warna, mekap mata dan gincu rona gelap serta bertindik hampir keseluruhan wajah.

"Itu imej rock di luar negara. Sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu yang terdidik dengan budaya Timur saya berpendapat tidak wajar meniru seratus-peratus fesyen rock di luar negara. Sebab itu, sewaktu membeli-belah, saya menitikberatkan soal rekaan dan corak baju. Ini penting supaya tidak terbeli pakaian yang menampilkan perkataan atau logo yang bertentangan dengan landasan bangsa dan agama," tambah Keena yang bakal menjadi hos bagi sebuah rancangan berkaitan penyanyi rock tanah air.

Jaket kulit item wajib


ANTARA koleksi aksesori rona gelap milik Keena.


Bercerita lanjut mengenai fesyen rock, Keena memberitahu jaket kulit lengan panjang atau tidak berlengan merupakan item wajib digayakan. Jaket kulit yang terdiri daripada rona hitam, putih, coklat dan biru itu akan dipadankan dengan baju T, seluar denim atau gaun kembang ala Harajuku.

Katanya, pemilihan jaket kulit sudah memadai untuk menyerlahkan imej rock, di samping padanan aksesori yang bercorak ganas dan warna gelap. Lagipun, bagi Keena, jaket kulit bukan sekadar sesuai dipakai ketika menjayakan persembahan pentas, pada masa yang sama ia sesuai digayakan pada apa jua majlis asalkan mempraktikkan konsep suai dan padan yang tepat.


SEPATU tinggi bersesuaian dengan imej rock.


Sementara itu, pereka fesyen tempatan yang semakin mendapat perhatian, Hatta Dolmat menyatakan fesyen rock tidak pupus dek zaman. Biarpun industri fesyen menerima lambakan fesyen tetapi fesyen rock masih relevan untuk diaplikasikan. Cuma cara pemakaian dan tata rias fesyen rock pada hari ini perlu digayakan mengikut trend terkini.

"Namun melihat perkembangan fesyen rock di sini, saya perhatikan generasi muda yang tidak meminati atau terlibat dalam muzik rock juga kini tidak ragu-ragu untuk memilih fesyen konsep rock khususnya remaja perempuan. Ini kerana menerusi fesyen rock anda masih berpeluang tampil cantik, anggun dan comel.

"Misalnya, penampilan pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay. Kombinasi gaun kembang separa lutut bersama jaket kulit berjaya menyerlahkan imej rock yang comel. Begitu juga gaya punk rock yang cukup sinonim dengan penyanyi antarabangsa Avril Lavigne. Dia kerap memadankan jaket kulit bersama seluar jean atau skirt mini berkotak-kotak (ala skirt Scotland)," ulas Hatta yang turut menjelaskan sepatu but tinggi, aksesori ranggi dan aplikasi solekan yang tepat juga dapat menyerlahkan fesyen rock yang menarik.



Read more...

Sunday, November 29, 2009

Gerak Khas

Gerak Khas

Kesibukan keena dalam bidang yang diceburi membuatkan
beliau tiada masa untuk berehat dan melayan peminat
yang ada singgah di blog ini..Keena sekarang banyak
menceburi bidang lakonan..Alhamdullillah rezekinya
mencurah berkali ganda..Kepada sesiapa yang menyokong keena
jangan lupa
Saksikan keena dalam Gerak Khas episod 'KILAS'
pada hari jumaat ini di tv2 pukul 10.30 mlm selama 3 minggu
berturut-turut..
Selain itu Keena juga sedang sibuk mengacara
program 'APA KHABAR ROCKERS' yang
akan muncul dikaca tv tidak lama lagi..
Terima kasih kepada yang setia menyokong keena
dalam industri tanah air ini...



Read more...

Tuesday, October 20, 2009

Keena@Akademi Polis

Keena di Akademi Polis


Untuk Pengetahuan semua,pada hari rabu ini bersamaan dengan 21/10/09
pada pukul 10 mlm di TV9
kita semua akan dapat menonton keena berlakon dalam
cerita akademi polis..
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan
aksi Keena dlm Akademi polis


Read more...

Tempat:Dewan Pandan Indah
Masa:9MLM
Show:Open House

Rmai artis2 lain yg hadir ke majlis Open House yg telah diadakan di Dewan Pandan Indah ni antaranya ialah khairul mentor,Pija mentor,Keena mentor,Kumpulan inheart dan Rizu OIAM

Read more...

Friday, September 18, 2009

MENTOR RAYA

SALAM AIDILFITRI

   Psti Semua t'tnya2 bila agaknya Keena muncul lgi d kaca tv".Pada 27 Ogos lalu telah berlangsung rakaman khas Mentor Raya di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay,Kuala Lumpur.Kepada semua peminat mentor musim ke-3 jangan lupa saksikan kami semua dalam rancanganmentor raya yang akan ditayangkan pada 27 september (raya ke-7) jam 9 mlm hanya di tv3.
Mentor Raya sudah pastinya tidak lengkap tanpa persembahan-persembahan menarik dan diserikan lagi dengan pemakaian busana tradisional yang indah n tampak menawan daripada artis dan protege yang terbabit dalamprogram mentor raya kali ini.Awie atau name sebenar pelakon Ahmad Azhar Othman bersama protegenya, Keena dalam program realiti sensasi Mentor musim ketiga tampil dengan mendendangkan lagu evergreen raya diantaranya suara lebaran,setahun sekali,indah dihari raya,cahaya aidilfitri,satu hari dihari raya,selain tu lagu duet juga didendangkn bg menggamatkn dan menceriakn suasana rakaman mentor musim ke-3.Ingin tahu artis mner yg berduet, anda saksikan sendiri ditv3"baru surprise buat peminat mentor musim ke-3 ini"..hehe.. rakaman mentor ini juga diserikan dengan tema santai n padat
bagi mewujudkan elemen tradisional..jangan terkejut..hehe.. Keena dan Awie menjuarai mentor raya kali ini n memenangi hadiahpercutian ke A' Famosa Melaka..jadi kepada semua peminat Keena n mentor musim ke-3 jangan ketinggalan menyaksikan rancangan ini yang pasti membuatkan anda semua terhibur.Di kesempatan ini Keena juga ingin mengucapkan Salam AidilfitriMaaf Zahir dan Batin buat semua yang menyokong keena terutama keluarga ,peminat2 ,rakan2 yang selalu memberi sokongan yang padu .Terima kasih atas sokongan semua .

Ni posing istimewa dari Keena

taraaa.. lihatlah.. tiru macam saya..hehe
Posing..posing..posing..hehe
testing 1 2 3..hehe
tengah best berjoget ni..
Bersama rakan-rakan Mentor 3

Keena dan Awie
Keena bersama mentor Awie

penonton yang hadir

Read more...

Sunday, August 30, 2009

UCAPAN KEMERDEKAAN DARI KEENA

 

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Rakaman Melodi Raya

Entri kali nie pula pasal rakaman melodi raya yang akan disiarkan pada hari raya yang pertama. Rakaman yang telah diadakan di Sunway Hotel..Rakaman bermula selepas berbuka puasa sehingga ke pukul 1.00 pagi..Penatnya..Ramai artis-artis yang turut hadir dan memeriahkan Rakaman Melodi Raya nie..Semua artis membuat persembahan termasuk Keena dan rakan-rakan mentor mendendangkan lagu SUASANA HARI RAYA..Jadi jangan lupa saksikan kami smua dalam MELODI RAYA..
Seronok sangat sebab Keena berkesempatan berjumpa dengan artis-artis tanah air seperti Almy Nadia,DR.Fazley n ramai lagi..Kalau nk senaraikan satu-satu sampai esok pon x abis..hehehe..Selain itu dapat juga melepaskan rindu kat rakan-rakan mentor yang turut hadir..

Ini semua antara gambar-gambar yang sempat keena ambil:

rakan mentor

bersama ALMY NADIA


sempat juga bergambar dgn DR FAZLEY


eeh MENTOR

Read more...

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Keena ingin mengambil kesempatan ini
ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada
semua penyokong-penyokong Keena dan
semua umat islam yang akan menyambut bulan Ramadhan..
Puasa taw smua jangan tak puasa..
Terima kasih kepada yang terus menyokong kerjaya keena..
Keena akan lakukan yang terbaik untuk anda semua..

SELAMAT BERPUASA

Read more...

Tuesday, August 4, 2009


Keena menceburi bidang lakonan(",)

Harap maaf kepada semua. Keena bukan xnak update blog ni. Tapi sekarang nie jadual keena terlalu ketat. Keena juga telah diiambil untuk berlakon dlm komedi cerita TIMUN VS DURIAN arahan AR BADUL. Hari ini (4 ogos 09) Keena mengikuti pengambaran untuk cerita ini selama 6 hari dan lokasi pengambaran ini di Melaka. Dalam cerita ini Keena memegang watak Shira. Nantikan la cerita TIMUN VS DURIAN..

Sebelum ini Keena ade berlakon dalam cerita akademi polis dan memegang watak 'Hani' penulis novel.Seterusnya Keena akn berlakon dalam Filem 'Penanggal'. Jadi jangan lupa tonton ye.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kerjaya Keena dalam industri ini. Keena akan cuba buat yang terbaik untuk anda semua. LOVE U ALL

Read more...

Thursday, July 30, 2009


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KEENA..LUV U ALL..

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

JUST 4 U ALL


Read more...

Monday, June 22, 2009

Mentor 3: Awie-Keena Akur

by Syaliza Shapiansuri | 22 Jun 2009


Hanya air mata mengiringi kesedihan Suriana Abdul Wahab atau Keena yang terpaksa akur keputusan akhir konsert mingguan ketiga kumpulan B malam tadi. Mengumpul markah keseluruhan sebanyak 149.9 peratus, Keena terpaksa meninggalkan pentas Mentor musim ketiga ini setelah berusaha selama lebih empat minggu.

Walaupun Keena berusaha sebaik mungkin untuk memikat hati juri dan pengundi dengan menyanyikan lagu berirama tradisional Melayu, "Dia Datang" berduet bersama Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, nampaknya, Keena gagal mengubah keputusan dan akur dirinya tersingkir daripada terus berjuang dalam Mentor 3 ini.

Malah, Mentor yang bertanggung jawab mendidiknya, Awie, redha dengan keputusan yang diterimanya. Kekecewaan jelas terpancar pada wajah kedua-duanya apatah lagi Keena dilihat semakin menyerlah selepas konsert mingguan kedua.

“Kami berusaha peringkat demi peringkat. Pada peringkat awal, pembelajaran yang diterima Keena tidaklah all out kerana dia masih baru. Sebagai manusia biasa, takkanlah pandai dalam masa sehari. Tak sangka pula, cara begitu menyebabkan dia tidak berpeluang lagi meneruskan perjuangan,” kata Awie ketika ditanya mengapa Keena lambat ‘panas’.

Sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik anak muridnya, Awie yakin dengan kemampuan yang ada pada Keena selepas melihat persembahan meyakinkan gadis itu ketika manjalani latihan dua hari sebelum konsert ketiga.

“Saya nampak kemampuan Keena begitu tinggi ketika mejalani latihan, walau bagaimanapun, ada sedikit kesilapan ketika persembahan tadi (ketika konsert) dan saya berpuas hati dengan keputusan yang diterima,” tambah Awie.

Dalam usaha Awie melahirkan pelapis penyanyi rock wanita, Keena menjadi taruhannya, namun impian itu gagal dilaksanakan apabila dia terkeluar malam tadi.

“Keputusan tidak berpihak kepada Keena dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Malah saya menerima markah yang diberi juri awam serta juri professional kerana mereka lebih arif dan tahu apa yang mereka lakukan,” akui Awie.

Sedih dan kecewa kerana tidak berpeuang untuk terus meuntut ilmu bersama mentor idolanya, Keena dapat merasakan dirinya bakal tersingkir pada konsert akhir kumpulan B malam tadi.

“Saya dapat rasakan diri bakal tersingkir melihat kepada markah yang diterima rendah. Tipulah kalau saya tidak kecewa, kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk sampai ke tahap ini. Apa yang lebih mengecewakan saya tidak dapat meneruskan proses pembelajaran bersama Awie kerana dia seorang guru yang pada luarannya nampak garang tetapi sebenarnya seorang yang suka bergurau,” kata Keena dengan linangan air mata.

Walaupun berjaya memukau dengan lagu berirama rock, Keena gagal memikat hati penonton apabila lagu duet bersama Datuk M Daud Kilau, kurang menyerlah dan nampak tidak sekata.

Juri professional yang hadir malam tadi, Helen Yap dan Liza Hanim, turut bersetuju lagu itu bukan ‘makanan’ sesuai buat Keena.

“Sebagai seorang artis Melayu, saya melihat irama tradisional ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Melalui irama ini juga seseorang penyanyi dapat mempelajari lenggok suara dan irama ini adalah raja segala melodi. Atas alasan itu saya mahu Keena menyanyikan lagu ini, malah ketika hadir ujibakat, Keena terkejut apabila saya menyuruhnya menyanyikan lagu irama ini.

“Untuk mengatakan Keena gagal kerana persembahan tiga minitnya, adalah tidak adil kerana dia sudah melakukan yang terbaik. Sedangkan untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul mahir dalam sesuatu irama perlu mengamil masa panjang. Bagi saya Keena keluar secara bermaruah kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” terang Awie mengenai anak didiknya serta menafikan pemilihan lagu ‘Dia Datang’ mengikut cara pesaingnya, Mas Idayu dan Adibah Noor yang terlebih dahulu mengetengahkan irama sedemikian.

Black terus selesa
Markah keseluruhan berjumlah 225.9 peratus yang diperoleh Black dan mentornya Mas Idayu, cukup membuatkan lelaki ini berada dalam kedudukan selesa. Namun itu bukan alasan untuknya terus alpa.

Ketika Ally Iskandar mengumumkan jumlah markah mingguan yang diperoleh Black, 76.4 peratus, Black pastinya lega kerana peluangnya terbuka luas untuk terus berada di pentas Mentor musim ini.

Lagu ‘Bertakhta Di Hati’ berduet bersama Faradhiya, membuktikan Black menjadi antara protégé hebat musim ini. Namun lagu keduanya ‘Hitam Manis’ tidak ubah seperti penyanyi asal, R Azmi.

Mas Idayu selaku emntor yang berjaya mendidik Black menjadi seorang protégé cemerlang, menafikan lenggok serta cara nyanyian anak didiknya itu meniru peyanyi asal.

“Black menyanyi mengikut caranya sendiri dan suara yang keluar adalah suara Black tanpa mengikut lenggok penyanyi asal. Apa yang saya tekankan kepada Back ialah mengikut air lagu bahasa lama, mungkin kerana itu, scara tidak sengaja nampak seperti meniru penyanyi asal,” terang Mas Idayu.

Keputusan akhir konsert mingguan kumpualan B Mentor 3 ini menyaksikan Black dan Thye mara ke separuh akhir minggu depan. Mereka bakal bergabung bersama dua protégé kumpulan B, Fira dan Chaq untuk merebut peluang mejadi dua yang terbaik dan seterusnya mara ke final Mentor 3.

sumber dari www.gua.com.my

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

OFFICIAL BLOG KEENA

WELCOME TO OFFICIAL BLOG KEENA....

Read more...